Komik trilogi ini mempunyai beberapa siri projek komik dan dijayakan bersama dengan beberapa buah krew Akademi Seni & Media Houki Boshi yang terdiri daripada kumpulan pelukis & illustrator berbakat.
S.K.Y dibahagikan kepada 3 bahagian dengan plot cerita dan tema yang berbeza.
PENULIS
Penulis Komik Trilogi S.K.Y ialah pengasas Akademi Seni & Media Houki Boshi iaitu cik Norjan Binti Ahmad menerusi nama pena Sidonia Locke.
LATARBELAKANG KOMIK
Komik Trilogi S.K.Y berlatarbelakangkan kehidupan guru dan pelajar di sebuah akademi seni antarabangsa yang terkenal di Malaysia iaitu Akademi Seni S.K.Y pada tahun 2040 sehingga tahun 2042.
BAHAGIAN
Komik trilogi S.K.Y ini ada 3 bahagian.
BAHAGIAN 1 - Berlatarbelakangkan kehidupan warga Akademi Seni S.K.Y pada tahun 2040 BAHAGIAN 2 -Berlatarbelakangkan kehidupan warga Akademi Seni S.K.Y pada tahun 2041 BAHAGIAN 3 -Berlatarbelakangkan kehidupan warga Akademi Seni S.K.Y pada tahun 2042
WATAK UTAMA
Watak utama Komik Trilogi S.K.Y ialah SHIN HIDEAKI dan juga KEIyang akan menjadi fokus utama dalam ketiga-tiga bahagian komik.