Projek Komik Trilogi S.K.Y dalam BAHAGIAN 1 ini ialah berlatarbelakangkan kehidupan warga Akademi Seni S.K.Y pada tahun 2040. Bahagian 1 ini juga dinamakan sebagai PROTOSTAR.
Tema bagi projek-projek komik dalam PROTOSTAR ialah PENGENALAN, PERMULAAN & BAHARU seperti :
Permulaan kepada kehidupan Shin Hideaki yang pertama kali bekerja di sebuah akademi seni antarabangsa di luar Jepun.
Pertemuan kali pertama antara Shin & Kei yang sudah lama terpisah.
Pengenalan kepada kisah masa lampau Shin.
Kisah-kisah Shin yang baru hendak berkenalan dengan pelajar-pelajar dan memahami impian dan bakat mereka.
Penemuan baharu yang Shin hadapi semasa pada tahun pertama mengajar di Akademi Seni S.K.Y
SINOPSIS PROTOSTAR
Shin Hideaki telah dihantar mengajar ke sebuah akademi seni antarabangsa di Malaysia oleh bapanya. Dia akan berada di sana selama 3 tahun sebelum bapanya membenarkan Shin mengejar cita-cita sebenarnya iaitu untuk menjadi seorang pemuzik.
Shin mempunyai seorang sepupu berbangsa Korea yang sudah lama terpisah. Tanpa disangka-sangka, Shin telah bertemu semula dengan sepupunya itu di akademi tempatnya mengajar.
Walaupun Keidilahirkan di Korea Selatan, namun dia dibesarkan di Jepun dan duduk menumpang di rumah Shin buat sementara waktu sebelum pulang ke Korea Selatan.
Ketika Kei di Jepun, dia telah bertemu dengan seseorang yang banyak mengajarnya mengenai muzik. Kerana seseorang itu jugalah Kei sudah mula memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik, sama seperti Shin. Tetapi disebabkan oleh seseorang itu juga, hubungan Kei & Shin mula merenggang dan mereka sering bergaduh sehinggalah Kei pulang ke Korea Selatan. Setelah 7 tahun terpisah, pertemuan semula Shin & Kei di Malaysia merupakan satu permulaan untuk menyambung impian mereka bersama yang terhenti sebelum ini iaitu untuk mencipta nama dalam industri hiburan sebagai pemuzik terkenal.