Keadaan Shin kusut-masai apabila tiba di depan pintu masuk akademi, dek jalan rentas penuh semak-samun yang terpaksa ditempuhinya tadi. “HAI!SELAMAT DATANG KE AKADEMI SENI S.K.Y!!!”, seorang guru bercermin mata datang menerpa Shin yang masih lagi kelihatan kabur-kabur asap itu. “SHIN HIDEAKI-SENSEI KAN?? JOM KITA MASUK KELAS SEKARANG!!!”, kata guru tersebut sambil menarik lengan Shin. ‘Aik? Masuk kelas terus??? Tak nampak ker aku tengah berpeluh-peluh ni???’ Nak marah pon ye juga, tapi takkanlah pagi-pagi hari dia nak pelangkung kepala cikgu senior pula. Hari pertama pulak tu. Nak tak nak diikutkan juga la cikgu lelaki itu menuju ke sebuah bangunan tidak berapa jauh dari pintu utama akademi. Jenuh juga nak kena panjat tangga nak sampai ke kelas tu. Shin yang mengekori dari belakang memanjangkan lehernya memandang keadaan sekeliling. ‘Memang cantik akademi ni’, bisiknya dalam hati. Perasaan penat tadi kini sudah digantikan dengan perasaan berdebar. ‘Entah kelas mana la CIKGU-TAK-TAHU-NAMA ni nak hantar aku’. Tak lama lepas tu, langkah mereka terhenti di depan sebuah kelas. Tanpa mengetuk pintu, guru lelaki tadi terus menarik Shin masuk ke dalam kelas. Mata Shin sempat mengerling papan tanda di hadapan pintu kelas......Kelas 1 F..... ....kelas paling 'wanted' di Akademi Seni S.K.Y.
0 Comments
Watak-watak lain dalam Komik Trilogi S.K.Y selain dari Shin, Ah Beng & Amer. Nama watak-watak terpaksa dirahsiakan dulu atas sebab-sebab tertentu Ni saja je nak tunjuk yang semua watak-watak dalam gambar ni berbakat dalam bidang seni. Ada yang pandai melukis, ada yang pandai main alat muzik, ada yang pandai menulis skrip dan sebagainya....termasuklah cikgu mereka, SHIN HIDEAKI. Diorang ni semua ialah warga akademi seni antarabangsa yang terkenal dekat Malaysia masa tu iaitu AKADEMI SENI S.K.Y. Oh ye, korang nak tahu tak apa maksud S.K.Y tu? S.K.Y tu singkatan kepada Syed Kassim Yazed, iaitu nama pengasas akademi seni tu, haha Ada maksud tersembunyi juga sebenarnya di sebalik S.K.Y...nanti admin cerita k! Anyway, tak semua antara watak-watak ni akan muncul dalam KOMIK SHIN SENSEI yang akan dijual pada tahun depan. Mungkin dalam Komik Trilogi S.K.Y yang lain, hehe. Take care semua, dan minta tolong bagi sokongan kepada Komik Trilogi S.K.Y ni ye...ARIGATOU GOZAIMASU! Post ASAL
Hai, selamat malam! Admin nak kongsikan profil & karakteristik watak utama Komik Trilogi S.K.Y ni iaitu SHIN HIDEAKI supaya korang boleh kenal dia lagi InsyaAllah Shin nanti akan muncul buat kali pertama dalam "KOMIK SHIN SENSEI", iaitu komik strip yang akan dijual pada awal tahun depan Yang penting, satu benda yang korang kena tahu pasal Shin ni ialah, DIA SEORANG YANG MIANG! "No girls, no life" tu mungkin moto hidup dia la kot kalau takde perempuan depan mata..hahaha Rasa-rasa watak Shin ni korang boleh relatekan dengan hidup korang tak? atau korang ada cikgu miang macam Shin ni jugak? Cer komen sikit kalau ada Post ASAL
Hai korang! Ni admin nak memperkenalkan karakter-karakter KOMIK SHIN SENSEI yang InsyaAllah dijangka siap pada awal tahun depan. Admin perkenalkan 3 karakter dulu! Watak utama komik ni ialah SHIN HIDEAKI. Rasanya dah banyak kali jugak la Shin ni memunculkan diri dekat sini, haha...in fact beberapa hari yang lepas ni pon dia ada kongsi rahsia kenapa orang Jepun dengan orang korea langsing...korang terlepas info?? sila godeh page Komik Trilogi S.K.Y sampai berjumpa rahsia itu ok Tapi kali ni admin nak memperkenalkan 2 karakter lain pulak yang masih lagi fresh......iaitu AMER & AH BENG! Amer & Ah Beng ni pelajar dekat Akademi Seni S.K.Y tu, so Shin ni kira cikgu bahasa Jepun diorang la..gitu.. Dan kalau korang musykil, YE BETUL! Amer ni pelajar bangsa Melayu dan Ah Beng pulak pelajar bangsa Cina Jadi kesimpulan yang korang kena faham ialah...KOMIK SHIN SENSEI ni bukan komik Jepun okay! Dalam komik ni ada banyak karakter lain selain dari orang Jepun. Haaa...macam tu So itu aje la yang admin nak kongsikan kali ni...nanti next time kita kongsi benda lain pulak..take care semua! Post ASAL
‘Jadi S.K.Y tu singkatan untuk Syed Kassim Yazed? Syed Kassim Yazed??…datuk tu ker?? ‘ ..kad yang mengandungi nama serta alamat akademi yang bakal menjadi tempat kerjanya selama 3 tahun ditatap sedalam-dalamnya. Shin masih teringat lagi dengan seorang lelaki tua yang pernah menziarahi bapanya beberapa kali semasa dia masih lagi belajar di universiti. Tak sangka pula lelaki tua yang berumur lingkungan 60-an itu sebenarnya ialah seorang pengasas akademi seni antarabangsa yang terkenal di Malaysia DAN merupakan kenalan rapat bapanya. Hebatnya Akademi Seni S.K.Y itu bukan saja kerana ianya beroperasi di Malaysia, tapi akademi itu juga mempunyai cawangan di Jepun dan di Korea Selatan. Dekat cawangan itu jugalah Shin dipaksa belajar Bahasa Melayu oleh bapanya. Tak sangka pula Shin yang orang tua itu sebenarnya memang sudah lama merancang mahu menghantarnya ke Malaysia! ‘Hurm…nak marah lama-lama pon tak guna jugak’ ‘Baik aku tidur..esok dah nak kena melapor diri’, 'Camne la ek rupa Akademi Seni S.K.Y dekat Malaysia ni?' bisik Shin sendirian sebelum lena dibuai mimpi. Keesokannya....Kenderaan peribadi yang dinaiki oleh Shin untuk ke Akademi Seni S.K.Y telah rosak di pertengahan jalan. Memaksanya berjalan kaki dan melalui jalan rentas untuk ke akademi. Barulah Shin tahu kenapa Akademi Seni S.K.Y cukup terkenal di Malaysia!
Kisah bermula di Tokyo, Jepun, apabila seorang pemuda berbangsa Jepun yang baru saja tamat pengajian, menerima arahan mengejutkan ; DIHANTAR KE MALAYSIA UNTUK MENGAJAR DI SEBUAH AKADEMI SENI ANTARABANGSA YANG TERKENAL DI NEGARA ITU. Lebih mengejutkan lagi apabila arahan itu datang dari bapanya sendiri. Pemuda yang bernama SHIN HIDEAKI itu walaupun berang dengan arahan yang diberikan, masih lagi perlu akur kerana bapanya telah menjanjikan SATU perkara kepadanya, iaitu ; "Setelah habis belajar, Shin hanya perlu menjadi seorang guru selama 3 tahun sebelum boleh berhenti dan bebas membuat perkara yang dia impikan iaitu – UNTUK MENJADI SEORANG PEMUZIK. " Paling penting sekali, bapanya juga bersetuju untuk terus membantunya dari segi kewangan selepas itu. Siapa yang tak nak kan? Namun, langsung tidak terlintas di fikiran yang dia akan dihantar jauh ke negara lain! ‘Tak kisah la! Lagipon hanya 3 tahun saja!’ , kata-kata yang berulang kali bermain di fikirannya, agar kekal terus positif. Maka pada Januari tahun 2040, Shin pon terbang ke Malaysia seorang diri dan tinggal di kediaman mewah milik bapanya.
Korang nak tahu kenapa kebanyakan orang Jepun & Korea Selatan langsing-langsing belaka???
Meh, Shin bagitahu sikit rahsia pemakanan depa Shin Hideaki ialah nama bagi watak utama Komik Trilogi S.K.Y terbitan Akademi Seni & Media Houki Boshi. Shin akan mula diperkenalkan melalui komik pertama dari trilogi ini iaitu komik bertajuk, KOMIK SHIN SENSEI! KOMIK SHIN SENSEI merupakan sebuah komik strip 4 kotak dan mempunyai sebanyak 100 episod.
Komik ini menghimpunkan kisah-kisah lucu yang dilalui oleh Shin Hideaki, iaitu seorang guru berbangsa Jepun yang baru mengajar di Akademi Seni S.K.Y pada tahun pertama. Selain berfokuskan situasi lucu Shin Hideaki yang mengalami kejutan budaya, komik ini juga akan menunjukkan perkongsian budaya antara warga Akademi Seni S.K.Y yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia selain dari bangsa Jepun & Korea Selatan. Komik ini sangat sesuai kepada mereka yang berminat untuk belajar mengenai budaya 3 buah negara iaitu Malaysia, Jepun & Korea Selatan. Komik ini akan mula dijual pada awal tahun hadapan! Ikuti juga penulis Komik Trilogi S.K.Y Norjan Binti Ahmad - Sidonia Locke untuk sebarang update mengenai komik! Terima kasih kepada yang telah LIKE page ini! Alhamdulillah sekarang page ini sudah ada @username yaiy! Sebagai tanda terima kasih, saya nak memperkenalkan awal-awal dulu WATAK UTAMA untuk Komik Trilogi S.K.Y ini! Watak diberi nama SHIN HIDEAKI.
Dalam komik ini, Shin merupakan seorang guru berbangsa Jepun yang dihantar mengajar ke sebuah akademi seni antarabangsa yang terletak di Malaysia, pada tahun 2040. Jadi pada awal-awal komik, saya nak tunjukkan la macam mana Shin ni mengalami KEJUTAN BUDAYA Kenapa kejutan budaya?? Sebab kebanyakan pelajar dan guru di Akademi Seni S.K.Y tu terdiri daripada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum Jadi misi saya ketika menulis KOMIK SHIN SENSEI nanti ialah, sambil menghiburkan orang dengan kisah-kisah lucu Shin, saya nak pembaca juga turut sama belajar mengenai perkara-perkara yang kita sebagai rakyat Malaysia sendiri pon mungkin kurang tahu (Contohnya macam nama-nama kuih yang SUPER pelik dekat Malaysia ni kan, haha) Jadi itulah dia sedikit sebanyak perkongsian mengenai Komik Trilogi S.K.Y buat masa ni InsyaAllah banyak lagi perkongsian yang akan dinaikkan tak lama lagi..jadi jangan lupa ON butang notification k! Saya pon masih baru lagi dalam bidang penulisan komik ni, tapi saya akan sentiasa belajar dan memperbaiki diri. Teruskan menyokong komik ini ya! Terima kasih! Dari penulis : Norjan Binti Ahmad - Sidonia Locke |
PENULISKongsi perkembangan komik! ARKIB
November 2021
KATEGORI
All
|